Thursday, April 14, 2011

Teknik Pengawet Buluh - Cara "Boucherie"

Cara Boucherie ini boleh dibuat sendiri. Memerlukan sedikit ruang teduh dari hujan matahari. Juga perlu alat compressor dan paip getah yang tahan tekanan. Namun tekanan tidaklah tinggi sangat, sekadar dapat air meresap menerusi dinding buluh.

Video video berikut boleh dijadikan panduan..




Berikut kaedah Boucherie juga tetapi tekanan dari graviti sahaja. Dengan kaedah ini peresapan bahan awet mengambil masa. Kandungan tangki di pantau arasnya pada mula-mula, keesokan harinya ditambah akan yang surut. Lakukan selama 7 hari, dan buluh tersbut boleh siap untuk dikeringkan.


Wednesday, April 13, 2011

Buluh Buddha

Nama saintifiknya Bambusa Tuldoides 'Ventricosa", Bambusa vulgaris c.v. wamin. Ada juga yang memanggil sebagai buluh botol kerana keadaan ruasnya yang unik. Ditanam sebagai tanaman landskap. Ranting perlu dicantas untuk menghasilkan rimbunan. Mencapai ketinggian hanya 12 kaki.

Anak buluh buddha 3 minggu, disemai dari keratan batang.

Bahan Pengawet

Bahan jenama TimBor sesuai untuk mengawet buluh kegunaan bawah lindungan cuaca. Ianya agak mahal, kerana di impot. Setelah menjelajahi internet, saya terbaca di satu artikel bahawa TimBor adalah campuran dua bahan, iaitu borax dan boric acid. Campurannya lebihkurang sebegini....

2 kg Boric Acid + 3 kg Borax + 700 liter air = TimBor pada 10% kepekatan.

Ada kajian menyatakan 5% kepekatan TimBor memadai untuk meresap dan memasuki rongga-rongga kayu dan buluh. Dalam lain perkataan ...

1 kg Boric Acid + 1.5kg Borax + 700 liter air = sesuai utk pengawet buluh..

Saya akan "link" kan fakta fakta di atas ke laman web berkaitan bila saya ketemui semula..

Memelihara Buluh

Saya telah dapat menghubungi pembekal TimBor di Malaysia, dan antara maklumat yang saya perolehi daripada syarikat tersebut (Nufarm Technologies (M) Sdn Bhd adalah...

a. 1 bag TimBor beratnya 25kg (spt kampit simen). Ianya di impot dari US. Kepekatan 90%. dalam bentuk serbok halus.
b. Pihak Nufarm telah mengubahsuai kepekatan TimBor tsbt kepada 10% kepekatan dengan mencampurkan air dan dijadikan gel. Sepeket gel dibungkus 1kg dan dijual dipersekitaran RM30. Namanya di tukar ke En-bor .
c. Pihak Nufarm menasihati TimBor adalah berasaskan "boron", dan boron mudah larut dalam air, maka tidak sesuai untuk pengawetan buluh yang diguna untuk luar bangunan, yakni terdedah kepada air hujan yg boleh mengeluarkan kandungan pengawet boron dalam buluh. Untuk tujuan luar bangunan, buluh harus diawet dengan mengguna pengawet berasaskan "copper chrome arsenate" dan dimasukkan ke dalam rongga2 cel buluh secara tekanan (pressurized).
d.Jenama pengawet Celcure (AP) berasaskan "copper chrome arsenate". Untuk mengawet buluh dengan bahan ini, harus bawa buluh ke kilang kayu berdekatan utk tujuan memasukkan pengawet secara mesin tekanan.

Namun bagi saya, ada cara yang boleh kita lakukan sendiri untuk memasukkan bahan itu meresap ke buluh. Ianya secara tekanan juga tanpa memerlukan mesin mesin seperti dikilang. Penggunaan kaedah rendaman, graviti, maupun mesin compressor boleh diguna pakai. Bersambung ....