Showing posts with label Pengawetan. Show all posts
Showing posts with label Pengawetan. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Teknik Pengawet Buluh - Cara "Boucherie"

Cara Boucherie ini boleh dibuat sendiri. Memerlukan sedikit ruang teduh dari hujan matahari. Juga perlu alat compressor dan paip getah yang tahan tekanan. Namun tekanan tidaklah tinggi sangat, sekadar dapat air meresap menerusi dinding buluh.

Video video berikut boleh dijadikan panduan..




Berikut kaedah Boucherie juga tetapi tekanan dari graviti sahaja. Dengan kaedah ini peresapan bahan awet mengambil masa. Kandungan tangki di pantau arasnya pada mula-mula, keesokan harinya ditambah akan yang surut. Lakukan selama 7 hari, dan buluh tersbut boleh siap untuk dikeringkan.


Wednesday, April 13, 2011

Bahan Pengawet

Bahan jenama TimBor sesuai untuk mengawet buluh kegunaan bawah lindungan cuaca. Ianya agak mahal, kerana di impot. Setelah menjelajahi internet, saya terbaca di satu artikel bahawa TimBor adalah campuran dua bahan, iaitu borax dan boric acid. Campurannya lebihkurang sebegini....

2 kg Boric Acid + 3 kg Borax + 700 liter air = TimBor pada 10% kepekatan.

Ada kajian menyatakan 5% kepekatan TimBor memadai untuk meresap dan memasuki rongga-rongga kayu dan buluh. Dalam lain perkataan ...

1 kg Boric Acid + 1.5kg Borax + 700 liter air = sesuai utk pengawet buluh..

Saya akan "link" kan fakta fakta di atas ke laman web berkaitan bila saya ketemui semula..

Memelihara Buluh

Saya telah dapat menghubungi pembekal TimBor di Malaysia, dan antara maklumat yang saya perolehi daripada syarikat tersebut (Nufarm Technologies (M) Sdn Bhd adalah...

a. 1 bag TimBor beratnya 25kg (spt kampit simen). Ianya di impot dari US. Kepekatan 90%. dalam bentuk serbok halus.
b. Pihak Nufarm telah mengubahsuai kepekatan TimBor tsbt kepada 10% kepekatan dengan mencampurkan air dan dijadikan gel. Sepeket gel dibungkus 1kg dan dijual dipersekitaran RM30. Namanya di tukar ke En-bor .
c. Pihak Nufarm menasihati TimBor adalah berasaskan "boron", dan boron mudah larut dalam air, maka tidak sesuai untuk pengawetan buluh yang diguna untuk luar bangunan, yakni terdedah kepada air hujan yg boleh mengeluarkan kandungan pengawet boron dalam buluh. Untuk tujuan luar bangunan, buluh harus diawet dengan mengguna pengawet berasaskan "copper chrome arsenate" dan dimasukkan ke dalam rongga2 cel buluh secara tekanan (pressurized).
d.Jenama pengawet Celcure (AP) berasaskan "copper chrome arsenate". Untuk mengawet buluh dengan bahan ini, harus bawa buluh ke kilang kayu berdekatan utk tujuan memasukkan pengawet secara mesin tekanan.

Namun bagi saya, ada cara yang boleh kita lakukan sendiri untuk memasukkan bahan itu meresap ke buluh. Ianya secara tekanan juga tanpa memerlukan mesin mesin seperti dikilang. Penggunaan kaedah rendaman, graviti, maupun mesin compressor boleh diguna pakai. Bersambung ....

Monday, February 28, 2011

Pengawetan

Buluh boleh tahan lama dengan mengambil berat 2 perkara berikut:

1. Pengawetan
2. Penggunaan di tempat yang tidak terdedah kepada hujan.

Pengawetan boleh dibuat secara tradisional atau kaedah moden. Secara tradisionalnya, buluh yang baru ditebang, sebaik2nya dalam masa 24jam, direndam keseluruhannya di dalam air atau lumpur selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Dengan cara ini, segala bahan kanji yang ada dalam buluh akan terkeluar dan bila digunakan, buluh tersebut tidak lagi menjadi tempat sasaran serangga mencari makanan dan tempat bertelur. Secara tak langsung ianya akan bertahan lama.

Kajian Jabatan Hutan mensyorkan kaedah merebus dalam minyak kelapa untuk beberapa lama dan pada suhu yang ditetapkan boleh mengeluarkan kanji dalam buluh. Seperti menggoreng makanan ;) Kaedah ini sesuai untuk buluh yang bakal tidak digunakan untuk struktur, sebab kekuatan buluh itu sendiri telah terganggu kerana telah digoreng.

Untuk memendekkan tempoh pengawetan, bahan-bahan lain ditambah didalam air. Antara bahan yang digunakan adalah garam "borax", borax acid dan sebagainya. Jenama "Tim-bor" adalah pengawet komersial yang banyak digunakan untuk kayu dan buluh.

bersambung...