Monday, February 28, 2011

Pengawetan

Buluh boleh tahan lama dengan mengambil berat 2 perkara berikut:

1. Pengawetan
2. Penggunaan di tempat yang tidak terdedah kepada hujan.

Pengawetan boleh dibuat secara tradisional atau kaedah moden. Secara tradisionalnya, buluh yang baru ditebang, sebaik2nya dalam masa 24jam, direndam keseluruhannya di dalam air atau lumpur selama sekurang-kurangnya tiga bulan. Dengan cara ini, segala bahan kanji yang ada dalam buluh akan terkeluar dan bila digunakan, buluh tersebut tidak lagi menjadi tempat sasaran serangga mencari makanan dan tempat bertelur. Secara tak langsung ianya akan bertahan lama.

Kajian Jabatan Hutan mensyorkan kaedah merebus dalam minyak kelapa untuk beberapa lama dan pada suhu yang ditetapkan boleh mengeluarkan kanji dalam buluh. Seperti menggoreng makanan ;) Kaedah ini sesuai untuk buluh yang bakal tidak digunakan untuk struktur, sebab kekuatan buluh itu sendiri telah terganggu kerana telah digoreng.

Untuk memendekkan tempoh pengawetan, bahan-bahan lain ditambah didalam air. Antara bahan yang digunakan adalah garam "borax", borax acid dan sebagainya. Jenama "Tim-bor" adalah pengawet komersial yang banyak digunakan untuk kayu dan buluh.

bersambung...

Monday, February 21, 2011

Rumah Rehat Guna Buluh

Videoklip Majalah 3 ini menarik kerana penggunaan bahan binaan asli terutamanya buluh didalam aplikasi membangunkan resort.

Rumah Buluh Tradisional

Sebuah rumah kaum bumiputra Sabah.

Rumah panjang di Sabah:-


Rumah kaum Bajau, Sabah




Menjaga dan memangkas rumpun buluh

Video ini menunjukkan cara menjaga dan memangkas rumpun buluh. Proses ini penting agar buluh hidup segar dan tidak bengkang bengkok pertumbuhannya.


Buluh sebagai bahan binaan

Umum sudah mengetahui bahawa sebelum adanya teknolgi konkrit dan kerangka besi, kebanyakan rumah kediaman diperbuat daripada bahan kayu. Buluh teramat popular kerana sifatnya yang ringan, mudah dikerjakan dan senang didapati di mana mana sahaja. Di zaman sekarang pandangan mengenai buluh agak negatif kerana buluh dikaitkan dengan rumah/pondok orang miskin/asli sahaja. Namun hakikatnya, biar apa bahan digunakan sebagai bahan binaan, sekiranya aplikasinya tidak betul, rumah konkrit pun boleh runtuh dalam masa 4-5 tahun sahaja.

Menggunakan buluh sebagai bahan binaan sebenarnya, boleh menghasilkan rumah yang bermutu tinggi. Pendekata dari bahan yang hanya layak diguna oleh orang Asli, buluh boleh dijadikan rumah yang mahal dengan menujudkan mutukerja yang kemas, cantik dan indah.







Jenis Buluh Di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genre buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958).

Buluh duri atau nama sainsnya Bambusa blumeana merupakan sejenis pokok Buluh dalam genus Bambusa. Ia sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, perabot, alat muzik seperti angklong, atau galah. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh galah atau nama sainsnya Bambusa heterostachya.

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh dari sesuatu buku. Biasanya satu atau dua daripada cabang-cabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh gading biasanya bertumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap.

Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.

Buluh betong atau juga dikenali sebagai buluh pering merupakan pokok buluh dalam genus Dendrocalamus yang yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus asper.

Buluh beting (nama saintifik "Gigantochloa levis"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

Buluh semantan atau juga dikenali sebagai Buluh raya/gala/paao/seremai/telur [1], (nama saintifik "Gigantochloa scortechinii"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan.

Buluh akar atau juga dikenali sebagai buluh tali, ialah sejenis buluh dalam genus Dendrocalamus yang malar hijau yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus pendulus.

Buluh tumpat (nama saintifik "Gigantochloa ligulata") merupakan sejenis pokok dalam kategori buluh.
Rebungnya di ambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.