Monday, February 21, 2011

Jenis Buluh Di Malaysia

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genre buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958).

Buluh duri atau nama sainsnya Bambusa blumeana merupakan sejenis pokok Buluh dalam genus Bambusa. Ia sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, perabot, alat muzik seperti angklong, atau galah. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh galah atau nama sainsnya Bambusa heterostachya.

Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. Pokok ini besar, dengan banyak cabang yang tumbuh dari sesuatu buku. Biasanya satu atau dua daripada cabang-cabang ini adalah lebih besar daripada yang lain. Buluh gading biasanya bertumbuh di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Asia, khususnya di kawasan tropika monsun dan lembap.

Spesies ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan. Nama botaninya Bambusa vulgaris var. striata. Ia juga sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

Buluh perindu (Bambusa magica) ialah sejenis buluh kecil yang mengeluarkan bunyi merdu apabila ditiup angin. Oleh kerana itu ia sering dijadikan seruling dan merupakan nama seruling tersebut. Atas sebab yang sama, buluh perindu juga boleh membawa maksud bunyi atau suara yang merdu.

Buluh betong atau juga dikenali sebagai buluh pering merupakan pokok buluh dalam genus Dendrocalamus yang yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus asper.

Buluh beting (nama saintifik "Gigantochloa levis"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.

Buluh semantan atau juga dikenali sebagai Buluh raya/gala/paao/seremai/telur [1], (nama saintifik "Gigantochloa scortechinii"). Rebungnya diambil untuk dijadikan sebagai makanan.

Buluh akar atau juga dikenali sebagai buluh tali, ialah sejenis buluh dalam genus Dendrocalamus yang malar hijau yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus pendulus.

Buluh tumpat (nama saintifik "Gigantochloa ligulata") merupakan sejenis pokok dalam kategori buluh.
Rebungnya di ambil untuk dijadikan sebagai makanan. Batangnya juga penting dalam kegunaan perdagangan.





11 comments:

  1. boleh saya tahu buluh apa yang sesuai dibuat anak panah? dan bagai mana cara saya hendak beli buluh yang sudah diawet?

    add FB : https://www.facebook.com/naim.shaharani
    call / msg saya :017-3493060

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum. Boleh saya tau buluh apa di Malaysia yang diameter batangnya paling besaq dan tang mana boleh dicari?

    ReplyDelete
  3. Buluh apa sesuai untuk buat busur?

    ReplyDelete
  4. salam..boleh saya tau buluh apa yang sesuai dan tahan lama kalau berada di air

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan2 dan puan2..boleh sy bertanya?buluh apa sesuai digunakan untuk membuat sangkar burung

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan2 dan puan2..boleh sy bertanya?buluh apa sesuai digunakan untuk membuat sangkar burung

    ReplyDelete