Thursday, March 24, 2011

Ladang Buluh

Terdapat sebuah ladang buluh kuning yang diusahakan di Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Menurut pekerja-pekerja di situ, buluh kuning tersebut akan dituai selepas 3 tahun, direndam ke dalam air selama sebulan setengah dan akan dikeringkan dan diproses untuk membuat kemasan lantai (pasaran eropah).
Tiada semak, mudah penjagaan
Cantik hijaunya

Di tanam dicerunan bukit



Menebang Buluh

Daripada bacaan saya setakat ini, masa terbaik untuk menebang buluh adalah apabila kadar "sap" dalam buluh rendah. Dalam keadaan sap rendah ini, kandungan gula/kanji dalam buluh di tahap minima maka kuranglah menjemput serangga perosak mendatangi buluh tersebut.

Bila masa yang sesuai untuk tebang buluh?

Buluh boleh tumbuh ke ketinggian maksimanya dalam satu musim/setahun. Pada tahun berikutnya ia akan menjalankan tempoh kematangan, menggemuk, mengeras dan akan tumbuh satu dahan untuk satu tahun. Bergantung kepada spesies, buluh boleh ditebang selepas 3 hingga 5 tahun usianya. Selepas tahun ke 6 atau 7, ia akan tua, diserang kulat dan mati.
Walaupun ianya mati, dalam usianya 2-3 tahun biasanya sudah ada tunas baru yang tumbuh dibahagian perdu buluh itu sebagai penggganti.

Buluh bertunas baru di musim hujan, maka tidak sesuai untuk menuai diwaktu ini kerana takut merosakkan tunas baru. Lagipun di musim hujan juga, kadar sap dalam buluh adalah ditahap maksima. Maka sebaik2nya buluh dituai SEBELUM musim hujan atau selepas.

Ketika bulan berputar disekeliling bumi, jarak antara bulan dan matahari turut menganjal/berubah. Ketika masa bulan penuh, jarak bumi dengan matahari memendek, maka kadar tarikan graviti juga naik sedikit. Di masa ini, pasang surut air turut naik, begitu juga kadar sap dalam tanaman. Jika ikut kaedah perkiraan ini, sebaiknya elakkan menebang di penghujung bulan Islam (bulan penuh).

Pada masa tengahari, proses fotosintesis sedang rancak iaitu kadar sap buluh dalam keadaan maksima. Banyak petua menyarankan agar pokok buluh dituai pada subuh atau senja hari di bulan penuh, supaya terang semasa bekerja..

Membuang SAP selepas tebang

Ada beberapa cara:
 
a) Buluh yg ditebang (tidak dicantas daun dan dahannya) di sandar ke mana2 dan dibiarkan 1-2 minggu. Daun2 tsbt akan meneruskan proses fotosintesis diwaktu itu iaitu menyedut sap-sap dlm batang naik ke daun sehingga kering dan daun itu layu/mati.
b) Cara yang sama, tetapi bahagian bawah buluh direndamkan kedalam bekas air biasa ataupun berubat.
c) Batang2 buluh yang sudah dipotong ikut saiz direndam ke dalam air mengalir (parit, sungai) atau lumpur selama 3-4 minggu. Lagi lama lagi bagus.
Di Bangladesh dan Thailand, pembekal buluh akan menebang buluh di hulu sungai, menjadikannya rakit dan hanyut ke muara berhari-hari lamanya. Sampai di bandar bulu tsbt dijual. Buluh yang dibawah air lebih mahal dari buluh yang tak direndam.
d) Air disembur kedalam lubang buluh dengan pam sehingga menitik air meresap dibahagian kulit buluh. Ubat pengawet seperti garam, borax dan sebagainya digunakan untuk pengawetan yang lebih singkat. Satu pengawet komersial ialah TimBor. Lihat posting mengenai TimBor DI SINI.

Setelah dibuang sap, proses pengeringan/jemuran buluh sebaik2nya dibawah teduhan agar buluh tak kering tiba2. Menjemur ditengah panas boleh mengakibatkan rekahan. Rekahan akan mengundang serangga perosak untuk mendiami dibahagian dalam buluh (jika sap masih ada).

Monday, March 21, 2011

Buluh Tumpat

(Buluh Tumpat nama saintifik "Gigantochloa ligulata". Buluh tumpat matang dipersekitaran 20 kaki tinggi (2 tingkat bangunan), diameter maksima dipersekitaran 2 inci atau lebih. Kegunaan utama: Tongkat (senjata orang2 dulu), di India digunakan oleh anggota polis anti rusuhan, buluh penongkah rakit, rangka-rangka rumah/perabut dan seumpamanya.
 Ini gambar seperdu buluh tumpat di dalam polibeg. Ada 7 batang tumbuh di dalamnya yang saya beli dari nursery (RM70). Cadangan saya untuk memotong2 ruas-ruasnya dan menyemai semula. Buat masa ini saya dah potong sebatang dan dapat 4 potongan (saya potong 2 ruas utk satu potongan). Nampaknya selepas sebulan, satu tunas nampak keluar pucuk.
Anggaran saya, kalau disemai semula seperdu, boleh dapat dekat-dekat 100 anak buluh.


Se perdu buluh tumpat dalam polibeg.
Ruas bertunas selepas dekat sebulan dicucuk ke dalam polibeg bertanah.

Thursday, March 17, 2011

Menanam buluh

Belum ada budaya menanam buluh secara komersial di Malaysia. Namun FRIM ada mencuba menanam hutan buluh di Kota Tinggi, Johor. Di Ipoh, terdapat ladang buluh kuning yang diusahakan oleh peniaga berbangsa cina. Buluh tersebut bakal digunakan untuk bahan kemasan lantai yang menjadi trend di negara negara barat sekarang.

Satu lagi kegunaan buluh yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan adalah "arang buluh". Di negara Korea, khabarnya mereka hanya akan membakar daging menggunakan arang dari buluh. Ini disebabkan kualiti arang buluh tersangat istimewa.
Secara tradisi buluh boleh ditanam dengan cara

1. offset (iaitu perdu buluh dengan akar, diasingkan dari rumpun dengan cara mengorek dan gergaji hingga terpisah. Lubang baru dibuat, dan tunggul buluh yang baru dipisahkan tadi di tanam semula).
2. tanam ruas (batang buluh yg matang dipotong2 mengikut ruas. Ruas2 yang matatunasnya sihat akan ditanam secara menegak atau mendatar, sebahagian dari ruas tidak ditimbus. Yang ditimbus termasuklah matatunas. Dibahagian atas ruas2 tadi diletakkan tanah becak (sebagai pendinding jangkitan) dan hari-hari dibasahi dengan air. sehinggalah akan keluar pucuk baru dari tanah dan batang tersebut berakar, boleh dipindah ke kampit plastik berasingan.
3. kaedah tissue-culture.