Thursday, March 24, 2011

Menebang Buluh

Daripada bacaan saya setakat ini, masa terbaik untuk menebang buluh adalah apabila kadar "sap" dalam buluh rendah. Dalam keadaan sap rendah ini, kandungan gula/kanji dalam buluh di tahap minima maka kuranglah menjemput serangga perosak mendatangi buluh tersebut.

Bila masa yang sesuai untuk tebang buluh?

Buluh boleh tumbuh ke ketinggian maksimanya dalam satu musim/setahun. Pada tahun berikutnya ia akan menjalankan tempoh kematangan, menggemuk, mengeras dan akan tumbuh satu dahan untuk satu tahun. Bergantung kepada spesies, buluh boleh ditebang selepas 3 hingga 5 tahun usianya. Selepas tahun ke 6 atau 7, ia akan tua, diserang kulat dan mati.
Walaupun ianya mati, dalam usianya 2-3 tahun biasanya sudah ada tunas baru yang tumbuh dibahagian perdu buluh itu sebagai penggganti.

Buluh bertunas baru di musim hujan, maka tidak sesuai untuk menuai diwaktu ini kerana takut merosakkan tunas baru. Lagipun di musim hujan juga, kadar sap dalam buluh adalah ditahap maksima. Maka sebaik2nya buluh dituai SEBELUM musim hujan atau selepas.

Ketika bulan berputar disekeliling bumi, jarak antara bulan dan matahari turut menganjal/berubah. Ketika masa bulan penuh, jarak bumi dengan matahari memendek, maka kadar tarikan graviti juga naik sedikit. Di masa ini, pasang surut air turut naik, begitu juga kadar sap dalam tanaman. Jika ikut kaedah perkiraan ini, sebaiknya elakkan menebang di penghujung bulan Islam (bulan penuh).

Pada masa tengahari, proses fotosintesis sedang rancak iaitu kadar sap buluh dalam keadaan maksima. Banyak petua menyarankan agar pokok buluh dituai pada subuh atau senja hari di bulan penuh, supaya terang semasa bekerja..

Membuang SAP selepas tebang

Ada beberapa cara:
 
a) Buluh yg ditebang (tidak dicantas daun dan dahannya) di sandar ke mana2 dan dibiarkan 1-2 minggu. Daun2 tsbt akan meneruskan proses fotosintesis diwaktu itu iaitu menyedut sap-sap dlm batang naik ke daun sehingga kering dan daun itu layu/mati.
b) Cara yang sama, tetapi bahagian bawah buluh direndamkan kedalam bekas air biasa ataupun berubat.
c) Batang2 buluh yang sudah dipotong ikut saiz direndam ke dalam air mengalir (parit, sungai) atau lumpur selama 3-4 minggu. Lagi lama lagi bagus.
Di Bangladesh dan Thailand, pembekal buluh akan menebang buluh di hulu sungai, menjadikannya rakit dan hanyut ke muara berhari-hari lamanya. Sampai di bandar bulu tsbt dijual. Buluh yang dibawah air lebih mahal dari buluh yang tak direndam.
d) Air disembur kedalam lubang buluh dengan pam sehingga menitik air meresap dibahagian kulit buluh. Ubat pengawet seperti garam, borax dan sebagainya digunakan untuk pengawetan yang lebih singkat. Satu pengawet komersial ialah TimBor. Lihat posting mengenai TimBor DI SINI.

Setelah dibuang sap, proses pengeringan/jemuran buluh sebaik2nya dibawah teduhan agar buluh tak kering tiba2. Menjemur ditengah panas boleh mengakibatkan rekahan. Rekahan akan mengundang serangga perosak untuk mendiami dibahagian dalam buluh (jika sap masih ada).

No comments:

Post a Comment